Khamis, 12 Mei 2016

Panduan Temuduga Ciast 2016 - Pengalaman Sendiri

 

     OK, 1st nie adalah kali ke dua nua g cuba untuk tebiew  CIAST@JPK , before ni dpt tp terpaksa tolak dek kerna baru seminggu masuk ADTEC MELAKA baru depa na call , haruuu!!!! ( calon simpanan ) , haritue kat Adtec taiping 
      kali nie coba la nak try kat JPK WILAYAH UTARA, tapi depa lempaq suruh tebiew kat ILP KEPALA BATAS , REDHOO JEW LA !!!  Berikut merupakan detail sepanjang proses dijalanakan



                 DOKUMEN KENA BAWAK

                  * SALINAN IC
                  * SALINAN SKM
                  * SALINAN TAMAT BELAJAR @ JPKT1001
                  * SALINAN SKM TERTINGGI

                           (SALINAN DIAKUI SAH )




TEMPAT : ILP KEPALA BATAS       MASA : 0820AM    BILIK : CIAST

- 8.20am     Sampai di ILP KEPALA BATAS ,ghasa macam awaii lagi, dengan tak brekfen langsng

-8.30am      Masuk dalam bilik CIAST SATELIT ILP KEPALA BATAS , adesss!!! dah ramai hehe

-8.35am      Daftar kehadiran anda , serta serahkan salinan diatas semasa pendaftaran
                    * calon dipanggil berdasarkan masa calon tiba semasa pendaftaran

8.45am       Calon diberikan 3borang untuk isi, 1 untuk markah , 2 untuk panel
                    * Calon hendaklah mengisi ketiga borang dengan tepat

-09.10am    Calon mula dipanggil secara dua-dua ( utk sesetengah tempat sahaja )

11.46am     tiba lah masa nama nua dipanggil, kira waktu tu  nua adalah calon ke 11 pada hari itu
11.50am     Ada dua panel temuduga , seorang tua dan seorang wanita muda ( hahahaa ) , 
                 
                 * masa masuk bagi salam ( muslim ) then , cobalah untuk senyum , hehehe ( paham lutut longgaq )
                   kerana ada markah semuanya ....  

                 soalan yang ditanya :

               i )  Ceritakan latar belakang  ( ada markah )
               ii)  Ceritakan pengalaman hampa ( keja apa, lama mana , boleh buat apa ) - ada markah 
               iii) Ceritakan Sukan hampa apa, ( nama sukan, jenis sukan, wakil sekolah ka ) - ada markah
               iv) ceritakan hobi apa -ada makah
                * Panel akan meminta anda bertanyakan soalan kembali padanya.Maka TANYA !! je la apa pon, elaun berapa? , makan camna ka?, janji anda bertanyakan soalan !!!


               
               * JIKA PANEL TIDAK BERTANYAKAN SOALAN ANDA TELAH SELAMAT!!!!

        * PERKARA  DIATAS HANYALAH JIKA ANDA DITEMUDUGA DI KAMPUS SATELIT CIAST
        * JIKA ANDA MEMILIH CIAST SHAH ALAM, ANDA HENDAKLAH MELAKUKAN LEBIH BANYAK    MEMBACA !!! 
                  
                 * Bagi Calon CIAST SHAH ALAM

             soalan yang ditanya :

               i )  Ceritakan latar belakang  ( ada markah )
               ii)  Ceritakan pengalaman hampa ( keja apa, lama mana , boleh buat apa ) - ada markah 
               iii) Ceritakan Sukan hampa apa, ( nama sukan, jenis sukan, wakil sekolah ka ) - ada markah
               iv) ceritakan hobi apa -ada makah
               v)  Ceritakan Isu-isu semasa di Malaysia ( JANGAN MASUKKAN POLITIK )
               vi)  Ceritakan Apakah CIAST? VTO ? Siapa* jika anda tidak tahu katakan sahaja anda kurang tahu
                vii) Part tambahan berkemungkinan anda diminta untuk mengajar selama 5 minit.



  • Segala yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan- rakan
  • nua tidak menyatakan ianya benar  100% , berkemungkinan ia berbeza setiap sesi 
  • boleh dijadikan panduan buat para calon^^




_________________________________SEKIAN  TERIMA KASIH______________________________________
                    



              






Sabtu, 23 Julai 2011

~30 TIPS MEMENANGI HATI PEREMPUAN~~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
...
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,luk​isan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagap apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Ahad, 17 Julai 2011

Motivasi diri dari Al-Quran

Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…
Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…


Read more: http://arsyadmaster.com/blog/ayat-motivasi-dari-al-quran/#ixzz1SN6vlRGp

Ahad, 10 Julai 2011

couple itu haram!! ( 1 Cerita )

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..

Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..

Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..

Ada pula yang kate saya kuat emo..

Sikit-sikit nak marah..


Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..


Lepas tu saya cuba buat lawak

kononnya nak tarik perhatian orang lain

saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya

terutamanya pelajar-pelajar perempuan..

Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..

tapi saya tak kesah..


asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..

Memang lumrah manusia..

Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita

Macam itulah yang saya rasa..

Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..

Di dorm sms awek sampai pagi..

ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..


Saya mula berfikir..

"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..

saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..


saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..


Mula-mula awak jual mahal..

Tapi saya tak kisah..nak beli gak..

akhirnya, dipendekkan cerita..


saya pun mulalah BERCINTA..


Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat

Apa orang kata..'ALL OUT'lah..

haha..

Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..

'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..


Tidak terasa pun kehilangannya..


Mase bercinta memang indah..

Semuanya indah..

Sikit-sikit gurau-gurau

Sikit-sikit gelak-gelak

kalau merajuk men pujuk2..

kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..


Untuk diri ini,terasa amat bahagia..

Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir..

Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,

kata saya macam-macam..

Asalkan awak memahami saya..


Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa

dan saya kena brubah..

Hidup saya mesti selari dengan Islam..

Saya kena jadi baik..

Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..

semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..

Rapatkan diri dengan Al-Quran..

Selalu solat jemaah awal waktu..

Selalu dengar tazkirah..



Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran

Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,

Saya taknak jadi baik seorang diri..

jadi saya ajak awak sekali..

Saya ajak awak baca Al-Quran..

saya kejut awk bangun subuh..(calling)

saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..

Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.

Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..

bercinta kerana Allah..

Kita couple tak macam orang lain..

Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..

ade yang siap wat mksiat lg..

pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik..

Jaga batas-batas syara'..

Tak guna ayat jiwang-jiwang

janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..

cuma sms dan call je..


Dan awk terima perubahan saya itu..

Saya pun banyak nasihat awak..

Awk pun terima..

Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu

Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..

Dan akhirnya saya rasa..

Hubungan kita semakin diredahai..

Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..



Dalam proses perubahan saya,

Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..

Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..

kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,

surah ke 7,ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di

antara mereka berkata: "Mengapa kamu

menasihati kaum yang Allah akan

membinasakan mereka atau mengazab mereka

dengan azab yang amat keras?" Mereka

menjawab: "Agar kami mempunyai alasan

(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,

dan supaya mereka bertakwa".



Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik

Tegur mereka apa sahaja yang silap..

Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..

Saya mesti nak tegur.

Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..

Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~



Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..



"COUPLE HARAM"



Saya tak percaya..

tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..

macam betul pulak..

huhu~~

tapi biasala..

kalau kita suka satu benda tu..

kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..


Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..

dan teruskan saja hubungan kita..

kita tak buat maksiat..

Kita jalan-jalan pegang tangan..

tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..

Tanya khabar..

Borak-borak..

Siap bagi tzkirah lagi..

Apa yang haramnya dengan benda ni?

Tak kisahlah..


Masa terus berlalu...



Masa ni dah nak dekat Trial SPM..

lagi tiga minggu sebelum trial..

dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..

buat study group

Pada masa yang sama, bagi tazkirah..


Ada yang terima..

ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur..

saya kena marah pula..

macam-macamlah alasannya

ada kata saya tegur tak berhikmah..

ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..

Tapi tak kisah..

saya ada tempat mengadu..

huhu~~



Suatu masa..

ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..

saya terjumpa ayat ini..


Mengapa kamu suruh orang lain

(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu

melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,

padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?

Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir..


"Selama ini aku asyik tegur orang je.

Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,

Cepat marah, suka buang masa,

ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..

Macam mana ya?"


Lepas tu terjumpa pula ayat ini..


Dan janganlah kamu campur adukkan yang

hak dengan yang batil dan janganlah kamu

sembunyikan yang hak itu, sedang kamu

mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)


Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..


"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau

dengan kami..tegur orang konon.."


Berfikir sejenak..

Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?

Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?

Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah

tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?

Dan terkadang saya rasa serba salah?


Macam-macam yang saya fikir..


Dipendekkan cerita lagi sekali..

saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..

Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..


Dalam perjalanan ke seminar tu..

saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..

Dalam fikiran saya..

"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."




******




Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,

pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri

Lagipun kami semua penat..

takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..

pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..

Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya tragak-agak..

"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak

buat macam mana? Aku kena clash ke?

Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau

tak buat salah, apa nak ditakutkan?"


Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..

Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit

boleh?"


"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"


"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang

kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."


"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu
kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..


"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,
begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam,
perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.
Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami
baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun
takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang
bagi, hari ni saya, esok dia."


Saya tak mahu mengalah.


"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan
cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok
ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik

perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan
(Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia
akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun,
takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada
masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji
dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak
bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah
ia boleh membawa kepada zina juga bang?"


"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat


elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call
die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih
ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."


"Zina hati?" Saya menduga.


"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam
hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check'
dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah
bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan
bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina
dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn
merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun
nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."


Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..


"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai
dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni
salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri
ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi
besar masalah ana daripada nta."


"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu
minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua
tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa
akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami
dah rapat sgt."


Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu
cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu
jwb..


"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling
teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit
pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah
orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau
Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."


Saya trdiam lagi.


"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan
terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan
untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara
bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang
nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung
balasan atas perbuatannya sndiri."


Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar
yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.


"Jadi apa saya nak buat bang?"


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan
yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan
cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia
langsung lepas tu."


"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"


"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi,
kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah,
lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia
hanya sebagai group discussion partner."


Tiba-tiba saya terfikir..


"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"


Saya cakap..


"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"


Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..


"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu
dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum
itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah
ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan
couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple,
bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."


Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.


"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni
gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak
sanggup."


"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."


"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."


Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..


"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa
supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."



Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..


"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi
Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah
dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya
minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah,
akan bertemu juga. Assalamualaikum.."


Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap
selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan
salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].


Lepas tu tertera di skrin..


[SENDING..]


[MESSAGE SENT]


Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..


"Terima kasih bang.."


"Takpe, dah tanggungjawab.."


Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang
terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




*******




Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya
selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk
segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg
stuju..tapi tak kisahlah semua tu..


Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..


"Seindah gubahan pertama.."


Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena
tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah
yg terakhir..


"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap
tiada gunanya..


Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh,
insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan
saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,


Jangan cari cinta manusia,

ia penuh dengan penipuan,

kekecewaan,

dan tak kekal..


Tapi carilah cinta Allah..

tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan

itulah cinta abadi..

Cinta yang diredahai..


-Yang Terakhir- "


[SEND]


[SENDING..]


[MESSAGE SENT]


Saya dah buat keputusan.

Saya pasti apa yang saya buat ni betul.

Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.

Saya takkan berpatah balik..


Takkan..buat selama-lamanya.

.